Thursday, December 18, 2014

BAN Scammer - Menjual Di Facebook Dan Instagram Tidak Sah !(

Dah nampak hint dia. Duk pikir nak kenakan tax lerr kot.. Menjual kat facebook dengan instagram katanya tidak sah. Tak tunjuk itu ini haper la.. Bila rakyat nak cari pendapatan lebih, pelbagai benda tidak sah. Bila rakyat tekan kerajaan. Suruh rakyat belanja berhemah. Yang heran, ada juga pilih pemimpin korup. Ringgit jatuh, Hutang tinggi, GST bakal bermula. Kenaikan barang bakal menggila. Apa deputy cakap.. Ekonomi good...
The Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism ministry has declared that any one selling items online directly via Facebook or Instagram must register themselves with the Companies Commission of Malaysia, else such sale is deemed illegal.
Responding to a question in the Dewan Negara today, its deputy minister Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah said such online traders must register themselves so as to protect consumers from being cheated or exploited by the traders, Bernama reported today.
"Under the new Consumer Protection Regulations (Online Commerce Transactions) 2012, online traders must display the name of their business, business/company registration number, email address and telephone number on their Facebook or Instagram," he was quoted as saying by Bernama.

Wednesday, December 17, 2014

BAN Teknologi - Dron Pengintip Laut Gaya Jerung

Di dalam filem James Bond Octopussy, pengintip ternama ini menggunakan sebuah kenderaan pengintip yang kelihatan seperti seekor buaya. Kenderaan intipan tersebut digunakan untuk memasuki markas penjahat tanpa dikesan. Tentera Laut Amerika Syarikat kini juga menggunakan teknik mengajuk rupa haiwan untuk kenderaan intipan terkini mereka.

GhostSwimmer ialah sebuah dron bawah laut yang kelihatan seperti seekor ikan jerung lengkap dengan sirip dorsal. Dron kawalan jauh sepanjang 1.5 meter dan seberat 45 kilogram ini boleh digunakan untuk mengintip markas atau mengambil gambar kapal musuh tanpa dikesan dengan mudah.

GhostSwimmer mampu mengajuk pergerakan seekor ikan jerung sebenar bagi menyukarkan ianya dikesan sebagai sebuah dron bawah laut. Dron ini juga mampu menyelam sehingga 90 meter bagi mengesan kapal selam. Projek GhostSwimmer ialah kesinambungan dari projek BIOSwimmer, sebuah dron bawah laut yang mempunyai bentuk seekor ikan tuna. Kedua-dua dron ini adalah hasil projek Silent NEMO yang mahu melengkapkan Tentera Laut Amerika Syarikat dengan sistem ketenteraan yang menyerupai haiwan organik. Projek ini dimulakan pada tahun 2012 dan menunjukkan hasil yang baik setakat ini.


BAN Teknologi - WhatGapo : Aplikasi ChitChat Versi Kelantan

Hadoiiii... Aku ingat aplikasi baru.. Tapi boleh lah.. Mostly whatgapo menggunakan telegram sebagai main utama.. WhatGapo bukan aplikasi terbaru yang bakal dikeluarkan oleh kelantanese.. But not bad.. Just a group.. Sebab telegram boleh menerima group seramai 200 orang.. Maybe in future grengrong boleh membuat server sendiri "WhatGapo".

Aku cadangkan aplikasi "Hukaloh".


Tuesday, December 16, 2014

BAN Politik - Tidak Takut Di Saman Najib Razak

Isu hot pasal 1MDB.. PR pn persoal pasal 1MDB, ada ahli umno pun persoal pasal 1MDB.. Ada yang cakap 1MDB berjaya ke tahap malaysia maju. Mungkin kejatuhan ringgit tu petanda maju dari mata kaca pengundi BN yang berjaya. Atau ini semua hanya gimik politik daripada BN untuk melihat sejauh mana PR mahu mempersoal pasal 1MDB. Isu saman Najib Razak pada Rafizi pun bleh tahan.. Nah untuk sepetang bersama politikus..

BAN Teknologi - Project Loon : Internet Satelit Seluruh Dunia

Google terus menerus melebar teknologi untuk pengguna disetiap pelusuk dunia.. Project loon ni bermula dari tahun 2013 lagi.. Project ni bakal memberi kemudahan internet pada setiap pelusuk dunia. Dengan menggunakan teknologi satelite, Global wifi akan dilancarkan oleh pihak google. Dikatakan lagi, kos untuk membangun satelite global wifi ini mencecah 1 - 3 billion usd. 

Hopefully cepat siap n tak banyak sekatan connection dibuat.. In future telekom, celcom, maxis, digi perlu bersedia untuk pengguna mengucapkan selamat tinggal. #LOL


Monday, December 15, 2014

BAN Politik - Hudud DAP PKR PAS. Bangangnya Dimana ?

Satu bidasan untuk pemimpin PAS dan satu dramaking bakal muncul. Drama antara pembela islam, pejuang bangsa dan pejuang malaysia malaysian. Atas dasar manakah malaysia akan dicorak jika PR menang pilihanraya akan datang. Apa aku nampak, PKR dan DAP tidak akan mengubah malaysia menjadi seperti negara impian PAS. Tidak jauh beza dengan perjuangan umno ataupun menjadi lebih buruk daripada pemerintahan umno. Semlm guan eng timbul lagi, saper PM PR jika PR menang.. Bagi aku, tu satu kebodohan guan eng yang terus mempersoalkan pada media.. Sepatutnya dibincangkan dalam mesyuarat tertutup antara pemimpin tertinggi.

And now desakan dari DAP dalam penentangan hudud terus menerus. PAS, UMNO dan PKR yang dipelopori oleh orang islam. Hanya mampu mendiamkan diri. Atau tunggu majlis fatwa bersidang, atau majlis tertinggi ulama turun wahyu. Kita tunggu apa jawapan ahli jawatan kuasa ulama tertinggi naik turun PAS menjawab. PKR dah tau jawapan.. "Angguk Aja".


Thursday, December 11, 2014

BAN Pelarian - Aktivis Ali Ajak KJ Berdebat Melalui Skype

Tengok FB harini.. Tuptap keluar newfeeds ali ajak KJ debat... Tapi aku konfius.. Nak debat isu apa.. Buat la satu isu.. Pasal negara ke.. Pasal pelarian ke.. Pasal kenapa passport kena tarik ke.. Pasal nak republikkan negara ke.. Konfius maaa.. Akta hasutan ni, hukuman dia rejam sampai mati ke.. Tak kan.. Setakat kena penjara jer.. Ko power dalam berhujah.. Tak perlu takut.. Tapi yang dia takut sbb dia perli kaw kaw sultan.. Pada aku satu tindakan yang terlampau agresif.. Bertindak tanpa kuasa.. Padahnya ibarat menikam air.. Lain kalau ko berjuang sampai kepala paip ko pegang.. Time tu nak rentap terus taknak bagi air keluar pun boleh.. More better, mohon maaf.. Balik malaysia then buat rancangan yang lebih strategik and bijak..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...