Wednesday, October 23, 2013

BAN Liberal - Brunei Laksanakan Hukum Hudud, Apa kata Ulama Malaysia ?

Dalam malaysia terus berdolak dalik dlm isu hudud, dgn PAS cara PAS, Umno cara umno. Yang pasti k-pop 1.6 juta duit kerajaan hangus. Siapa punya syarikat, sampai sekarang tak tau. Paling bangang sekali, duk sibuk pasal kalimah allah. Yang pi luluskan penggunaan kalimah allah di sabah sarawak tu siapa. PR ke memerintah di 2 negeri terbesar tu. Kita rakyat jangan jadi bodoh tonton sandiwara kacukan jawa bugis melayu ni.

Brunei dgn penuh berani dan lebih memilih takutkan allah s.w.t dalam perlaksanaan hukumnya, berbanding lebih sibuk menegakkan kalimah tetapi perlaksanaan hukum diletak ditepi. Paling bangang lagi, ko beri lesen arak judi, kelab malam then ko pergi buat rush. Pastu akhbar dapat lariskan berita hangat.

Nanti ada monteri bangang bagitau, tak suka malaysia, pi la pindah brunei.


Sultan Brunei semalam memperkenalkan hukuman hudud, termasuk merejam sampai mati mereka yang didapati bersalah kerana berzina.

Mengumumkan keputusan itu, beliau merujuk langkah berkenaaan sebagai yang bersejarah pelaksanaan undang-undang Islam sebenar di negara itu.

Sultan Hassanal Bolkiah, 67, antara lelaki terkaya di dunia, berkata, akta baru undang-undang syariah yang dikaji selama bertahun-tahun itu diperkenalkan secara rasmi semalam di negara yang kaya dengan minyak itu mengikut tempoh percubaan selama enam bulan.

Berdasarkan kes terhadap individu, undang-undang itu meliputi hukuman termasuk merejam hingga mati kerana berzina, memotong tangan kerana mencuri dan sebat kerana pelbagai kesalahan seperti pengguguran kandungan hingga kepada meminum arak.

Akta itu bagaimanapun hanya tertakluk kepada umat Islam.
“Dengan izin Allah, dengan menguatkuasakan undang-undang ini, tanggungjawab kami terhadap Tuhan sudah ditunaikan,” katanya.
Sebagai pemimpin negara yang keluarganya menguasai negara yang kaya dengan minyak itu selama enam abad, beliau pertama kali menggesa hukuman hudud dilaksanakan pada 1996.

Brunei sebelum ini mengamalkan pemerintahan lebih konservatif berbanding negara jiran Islamnya di Asia Tenggara iaitu Malaysia dan Indonesia, seperti mengharamkan penjualan dan kegiatan minum arak secara terbuka.

Info Asal : Hmetro

15 comments :

  1. kah kah kah. aku nk tweet kt fathul bari. apa dia nk kata.

    ReplyDelete
  2. Saya berbincang dgn rosmah terlebih dahulu

    ReplyDelete
  3. MEREKA INGAT RAKYAT MALAYSIA BODOH KE??

    Perbelanjaan sebanyak RM1.6 juta untuk membiayai kos konsert K-Pop pada Hari Belia Negara 2012 adalah sebagai suntikan modal untuk menjana pulangan ekonomi yang lebih besar kepada rakyat dan negara.

    Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, perkara itu terbukti apabila pulangan ekonomi yang diperoleh peniaga dan pembekal pada sepanjang majlis yang dihadiri seramai 2.4 juta pengunjung itu dianggarkan bernilai RM24 juta.

    "Keputusan mengadakan konsert K-Pop dibuat secara kolektif dan melalui sebuah jawatankuasa. Selain itu, perkara ini juga telah dipersetujui oleh Jemaah Menteri memandangkan trend K-Pop merupakan antara tarikan belia pada masa itu dan mampu menarik kehadiran golongan tersebut yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

    "Selain itu, kita hendaklah melihat pulangan ekonomi yang diperoleh sepanjang Hari Belia Negara 2012 berlangsung di mana anggaran pengunjung yang hadir adalah seramai 2.4 juta orang dan jika kita lihat secara kasar seorang pengunjung berbelanja sebanyak RM10, maka dianggarkan hampir RM24 juta yang dibelanjakan," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

    Khairy menjelaskan bahawa Unit Pemasaran dan Penajaan Hari Belia Negara 2012 telah mendekati beberapa syarikat korporat dalam usaha mendapatkan penajaan bagi konsert berkenaan.

    Katanya, walaupun pada mulanya terdapat pengesahan secara lisan, namun pihak kementerian tidak boleh mengambil sebarang tindakan sekiranya syarikat-syarikat tersebut menarik diri pada saat-saat akhir kerana penajaan diberikan atas dasar tanggungjawab sosial korporat (CSR).

    "Pihak kementerian tidak ingin menuding jari atau menyalahkan mana-mana pihak dalam perkara ini kerana ia merupakan program kerajaan dalam menghargai dan mengiktiraf sumbangan golongan belia kepada negara," katanya.

    Dalam pada itu, Tony pada sidang akhbar menggesa kerajaan mengambil tindakan terhadap syarikat yang mungkir janji untuk menaja bayaran RM1.6 juta bagi persembahan K-Pop semasa sambutan Hari Belia Negara 2012.

    Menurut beliau, pelanggaran janji seperti itu boleh dikenakan tindakan di mahkamah kerana perkara persetujuan itu boleh dianggap sebuah perjanjian.

    "Saya berharap menteri membawa perkara ini ke mahkamah atau kita boleh anggap bahawa perkara itu hanya satu alasan untuk menyalahkan satu syarikat tidak dikenali," katanya.

    ReplyDelete
  4. mereka ada sultan yg takutkan allah. aku harap sangat Sultan Kelantan jadi agong. supaya dapat jalankan hudud

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Ermmm... pembetulan - xde tanda soal sebenarnya

      Delete
    2. xla...takziah kerajaan brunei kottt..

      Delete
  6. semoga negara kita pun akan laksanakan undang2 islam satu hari nanti

    ReplyDelete
  7. wah... nnt nak gi jalan2 kat brunei lah, tak pernah gi lagi brunei, stakat sabah tu pernah la...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...