Monday, September 23, 2013

BAN Gossip - Jangka Hidup Angelina Jolie 3 Tahun Lagi

Hdup ni tidak akan kekal. Tak kiralah berapa juta kilogram vitamin ubat dan pelbagai lagi ramuan herba ko minum telan. Mati tetap akan mati. Antara cepat dan lambat. Kalau lambat mati, orang kata tuhan suh kita muhasabah diri, kenapa dir lambat tarik nyawa. Ada benda yang perlu kita selesaikan sebelum menghadap untuk kekal di dunia barzakh selamanya.

Populariti mungkin akan berterusan selagi kiamat tak muncul, tapi bila mati hilang semuanya.

Selain cantik dan berbakat, Angelina Jolie dikenali sebagai artis yang sangat cerewet dalam menjaga kesihatan.

Umum sudah tahu, kekasih Brad Pittini sanggup membuang payudaranya untuk mencegah kanser yang diwarisi dari keturunannya.

Malah dalam masa terdekat ini, dia juga bakal menjalani pembedahan rahim bagi mengatasi masalah sama.

Bagaimanapun, ada yang lebih mengejutkan apabila majalah antarabangsa, Globe melaporkan, jangka hayat Jolie hanya tinggal tiga tahun saja lagi.

Menguatkan dakwaan itu apabila aktres ini bertindak menolak banyak tawaran lakonan, termasuk sekuel filem Salt.

"Angelina sedar dia tidak punya banyak masa dan ingin memanfaatkan masa yang ada untuk membuat rawatan.

Dia sangat sayangkan Brad dan anak-anaknya, maka kerana itu, dia harus kuat untuk menghadapinya," kata sumber.


Info Asal : Sinar

10 comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...