Monday, July 15, 2013

BAN Syiah - Siapakah Imam 12 Puak Syiah?

Isu syiah sunni sebenarnya bukan hari ni je, dah lama benda ni diperbahaskan. Tapi takde solusi. OIC yang ada pun cuma sekadar nama. Tak mampu nak menyatukan kembali perbezaan antara syiah dan sunni. Hinggalah negara islam pada hari ini semakin berpecah belah. Bermula di afganistan, iraq, pakistan, merebak ke libya, syria dan terkini di mesir.

Kadang aku terfikir, apakah golongan imam2 ni rasa dirinya dah berada disisi allah dengan melihat perpecahan umat islam hari ini. Dengan perbezaan pendapat yang semakin ketara dan akhirnya tunduk kepada tekanan zionis gara-gara kebuntuhan wang. Details pasal syiah, aku tak tau sangat dan aku tak berani nak ulas lebih. Tapi ni ada satu video penerangan tentang imam 12 dari syiah.

Mazhab Syiah Imam Dua Belas mempercayai bahwa Allah SWT telah pun melantik 12 orang pemimpin atau Imam manusia sejagat. Mereka ini merupakan pewaris-pewaris Nabi Muhammad SAW.

Perlantikkan imam pertama, Iaitu Imam Ali yang juga Kalifah keempat golongan Muslim Sunni di umumkan secara rAsmi pada peristiwa di Ghadir Khum dalam perjalanan pulang baginda ke Madinah selepas peristiwa Haji Wida'.

Mengikut Mazhab Syiah, Malaikat Jibrail membawa Ayat yang dinamakan Ayat Tabligh atau Pengumuman yaitu Ayat 67 dari Surah 5 Al-Quran yang menyeru supaya pengistiharan dibuat.

Pengistiharan yang dimaksudkan, mengikut pandangan Syaih Imam Duabelas ialah pengumuman resmi perlantikan Ali ibn Abi Talib a.s. sebagai Mawla selepas baginda.

Penguguman tidak resmi mengenai kedudukan Ali, dikatakan oleh golongan Syiah sentiasa dibuat sepanjang hayat Rasulullah s.a.w. dan dilapurkan dalam hadith-hadith.
Pertikaian tentang maksud Mawla menyebabkan kepimpinan Ali a.s. tidak diiktiraf oleh kesemua umat Islam ketika itu dan mengakibatkan perpecahan umat Islam kepada puak Sunni dan Syiah.
Selepas Ali a.s., Syiah mempercayai bahwa Allah menghantar nas-nas yang menunjukkan siapakah Imam seterusnya. Imam bukanlah pilihan peribadi tetapi melalui nas-nas Allah s.w.a. Imam selepas Rasulullah s.a.w. hanya 12, bertepatan dengan Hadith Sunni maupun Syiah yang mengatakan bahwa selepas Rasulullah, terdapat 12 orang Khalifah. Syiah menganggap Imam dan Mawla adalah juga Khalifah yang sah (kerana di lantik oleh Allah s.w.a. sendiri).

Imam kedua belas mereka ialah Imam Mahdi yang dikatakan sudah lahir dan masih wujud dan akan muncul untuk melawan Dajjal sebelum Hari Kiamat. Umat Islam yang mati tanpa mengetahui siapa Imam mereka dianggap mati seperti di zaman Jahilliyah, menurut pandangan mazhab Syiah.

Info Asal : Wikipedia

10 comments :

  1. Tapi kt malaysia ada je yg tentang yusuf al qardawi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu semua kita serah pada yg bijak pandai...
      semua nk keluar statement, takut xboleh nk balas bila tersilap..
      apapun, jgn cpt sgt melatah,takut mkn diri...=D

      Delete
    2. sbb xcpt melatah la, islam semakin berpecah dan golongan kafir ni semakin berleluasa.

      Delete
    3. sbb tu aku sarankan serah pada yg bijak pandai...
      yg kita ni pulak pegi nuntut lg Ilmu, supaya jd bijak pandai...
      jgn terburu-buru bhaiii...

      Delete
  2. nanti geng syiah dtg hack blog ko. dia bengang. hahaha

    ReplyDelete
  3. ini cuma pencerahan, bknnya seruan kpd permusuhan..

    ReplyDelete
  4. Ada typo tu. Allah s.w.a.suppose SWT...mmm pandai je diorg buat tafsiran dgn ayat tu tanpa selidik asbabun nuzul ayat tu...

    ReplyDelete
  5. sekarang kat facebook, ramai yg tengah berperang dengan geng syiah..

    hairan, mcmane la orang melayu ni boleh terpengaruh dengan syiah ni...bab ahli sunnah wal jamaah pon tak abih belajar lagi, nak masuk syiah..

    kalau bro rajin, boleh lawat tempat dorang di gombak, hauzah ar ridha..katanya dekat dgn pejabat PAS Gombak...taktau la betul ke takk. belum penah samapi lagi ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mslhnya bdk skrg suka berperang guna media sosial sahaja, diulang SAHAJA....
      tp kbnyakannya bdn sendiri xlurus....haip!

      Delete
  6. 12 imam syah ini bukannya bermazhap syiah, mereka ahlus sunnah (sunni) cuma orang2 syaiah sahaja yag mengatakan yang mereka ini imam2 syiah semata-mata mahu meraih simpati dan sokongan.Harap jangan tersilap mengatakan yang 12 orang imam tu orang2 syiah.... mereka dari keturunan ahlul bait yang menentang/menolak syiah. Jangan sesekali mengkafirkan mereka (12 orang imam)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...